“Hebatnya Wanita Kelantan” – Enggan Buka Jaket, Ameera Khan Dipuji Jaga Maruah

“Hebatnya Wanita Kelantan” – Enggan Buka Jaket, Ameera Khan Dipuji Jaga Maruah

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjadi perhatian apabila menghadiri pertunjukan fesyen Tod’s Spring/Summer 2026 sempena Milan Fashion Week (MFW).

Menerusi satu video tular, Ameera menolak dengan sopan permintaan seorang jurugrambar yang memintanya untuk membuka jaket untuk bergambar.

BACA: Ameera Khan Kongsi Gambar Bertudung, Netizen Tanya Pergi Kursus Kahwin Ke?

Dalam video tersebut, Ameera berkata dia tidak mengenakan sebarang pakaian dalam jaket berkenaan.

“Saya tak pakai apa-apa,” kata Ameera kepada jurugambar.

Diruangan komen, ada netizen yang memuji Ameera kerana menolak untuk berbuat demikian demi menjaga maruah auratnya serta tetap profesional.

Sumber: ohmymedia


Scroll to Top