Hentikan pertempuran Israel-Palestin

Hentikan pertempuran Israel-Palestin

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu serangan maut Israel-Palestin dihentikan segera atau pertempuran itu akan berlarutan ke seluruh Timur Tengah dan tidak dapat lagi dibendung.

Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres, berkata pada Ahad pergolakan berkenaan boleh menjadi krisis yang berpanjangan.

“Pertempuran mesti dihentikan. Ini mesti ditamatkan segera,” katanya ketika membuka sidang Majlis Keselamatan PBB yang tertangguh selepas bantahan Amerika Syarikat.

Guterres berkata, keganasan sejak seminggu lalu yang mengorbankan hampir 200 nyawa adalah mengerikan.

“Pergolakan ini akan mengakibatkan keselamatan dan krisis kemanusiaan yang sukar dikawal yang akhirnya membawa kepada ekstremisme, bukan saja di wilayah Palestin yang diduduki serta di Israel, tetapi juga wilayah (Timur Tengah) secara keseluruhan,” katanya.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top