Kecantikan wajah pelakon, Ezzanie Jasny sering menjadi tumpuan netizen yang dipuji kelihatan sangat jelita.
Menerusi drama lakonan terbaharunya berjudul ‘Seindah Hujan Cinta’, rata-rata netizen tertumpu kepada rupa bentuk hidung Ezzanie yang dikatakan mancung dan cantik.
Malah, ada juga segelintir individu yang mempertikaikan sama ada hidung Ezzanie atau nama lengkapnya, Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, asli atau tidak.


Dalam masa sama, nama Ezzanie kini mula menjadi sebutan selepas lakonan hebatnya dalam sebuah drama dilakonkan bersama aktor, Niezam Zaidi serta Nazim Othman mendapat sambutan hangat.
Ramai dalam kalangan netizen menyifatkan tahun 2025 sebagai tahun kegemilangan Ezzanie yang sering muncul dalam kaca televisyen.

Drama Seindah Hujan Cinta ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nelydia Senrose, Yusof Bahrin, Ezzanie Jasny, Hariz Hamdan, Fadilah Mansor, Zulkifli Ismail dan Normah Damanhuri.
Seindah Hujan Cinta bukan sekadar drama tentang cinta tiga segi atau poligami. Ia menyelami pergolakan batin wanita yang tersepit antara impian kerjaya dan naluri keibuan, perjuangan seorang suami untuk berlaku adil, serta pengorbanan seorang adik angkat demi kesetiaan dan budi.
Merangkumi 28 episod, Seindah Hujan Cinta telah mula bersiaran pada 21 Julai lalu secara eksklusif di Tonton setiap hari Isnin hingga Khamis.
Artikel Berkaitan: Gandingan Nelydia Senrose, Yusuf Bahrin, Ezzanie Jasny & Hariz Hamdan Pacu ‘Seindah Hujan Cinta’, Bersiaran Secara Eksklusif di Tonton!




