Hilang punca rezeki, ibu tunggal terpaksa jual ‘phone’ untuk beri anak2 makan

Hilang punca rezeki, ibu tunggal terpaksa jual ‘phone’ untuk beri anak2 makan

Ramai insan yang terkesan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan COVID-19.

Lebih menyedihkan apabila ada yang hilang punca pendapatan dan terpaksa mengikat perut kerana tidak berkemampuan untuk membeli barang keperluan.

Begitulah seperti kisah sebuah keluarga yang kehilangan punca pendapatan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Shahril.

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki itu disapa oleh seorang wanita yang menaiki motosikal ketika dia sedang berehat.

Menurut Shahril, wanita terbabit menawarkan untuk menjual telefon bimbit bagi membeli makanan dan minuman untuk anak-anaknya.

@shahrilrunner_

Pengorbanan seorang ibu..😔😔 #fyp #kerja #amal #taiping #perak

♬ original sound – Ikmal Alif – Ikmal Alif

Difahamkan lagi, ibu tunggal kepada 4 orang cahaya mata itu memberitahu bahawa dia dan anak-anaknya masih belum makan sejak pagi lagi.

Wanita berkenaan turut bercerita kebiasaannya dia mencari rezeki dengan cara mengambil upah mencuci rumah pelanggan namun sejak PKP ini, pekerjaannya terjejas.

Simpati akan nasib wanita tersebut, Shahril menghulurkan sedikit bantuan kepadanya dan akan menghantar bantuan susulan ke rumahnya nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap ibu tunggal itu dan mendoakannya dimurahkan rezeki.

Sumber: TikTok Shahril

 

Scroll to Top