
Hisamitsu Malaysia mengumumkan usahasama pertamanya bersama PLAYA Racquet Club @ PARC Subang menerusi acara Salonpas® Day Pickle & Patch.
HISAMITSU Pharmaceutical Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Hisamitsu Pharmaceutical Co, Int mengumumkan produk mereka, Salonpas® diiktiraf Euromonitor International sebagai jenama No 1 dunia bagi koyok melegakan kesakitan yang mencatat jualan tertinggi buat kali ke-10 sejak 2016.
Hisamitsu Pharmaceutical pula diiktiraf syarikat farmaseutikal yang menguasai pegangan pasaran terbesar di dunia dalam kategori yang sama untuk sembilan tahun berturut-turut.
Rentetan pencapaian sedekad ini, Hisamitsu Malaysia memacu strategi pertumbuhannya menerusi transformasi digital, perkembangan e-dagang, penglibatan komuniti dan usahasama strategik yang dibina untuk menghubungkan sebuah generasi pengguna yang mementingkan kesihatan dan celik digital.

Antara produk Hisamitsu Salonpas yang berada di pasaran Malaysia.
Menurut kenyataan Hisamitsu, 18 Mei dinobat sebagai Hari Salonpas®, sebuah sambutan global yang mencerminkan komitmen berterusan jenama ini dalam membantu komuniti bergerak dengan lebih selesa.
“Tarikh ini membawa makna yang besar di Jepun kerana nombor 5 dikaitkan dengan kori (kekejangan) dan nombor 18 pula iyasu (melegakan) yang digabungkan menjadi frasa Kori wo Iyasu iaitu ‘melegakan kekejangan’,” katanya.
Dalam pada itu, sempena ulang tahun ke-92 Salonpas® sejak dilancarkan pada 1934, Hisamitsu komited berkembang selari dengan keperluan pengguna menerusi teknologi, e-dagang dan media digital bagi menyokong aspirasi Hisamitsu untuk mencapai pertumbuhan dua digit dalam tahun 2026.

Pemain pickleball ceria sebelum aksi final berlangsung.
Sebagai sebahagian daripada hala tuju strategik ini, Hisamitsu Malaysia turut mengumumkan usahasama pertamanya bersama PLAYA Racquet Club @ PARC Subang menerusi acara Salonpas® Day Pickle & Patch.
“Kerjasama ini merupakan permulaan bagi inisiatif lebih luas untuk bekerjasama dengan rakan industri sukan dan kesejahteraan di seluruh Malaysia, sekali gus mendekatkan Salonpas® dengan komuniti gaya hidup aktif serta mengukuhkan peranannya sebagai teman pemulihan yang boleh dipercayai,” katanya.
Ditubuhkan pada 1847 di Jepun, dengan ibu pejabat di Tosu, Wilayah Saga dan Tokyo, Hisamitsu Pharmaceutical Co, Inc merupakan syarikat penjagaan kesihatan global yang mengkhusus dalam teknologi koyok transdermal.
Syarikat ini beroperasi di lebih daripada 50 negara dan terkenal dengan jenama dipercayai seperti Salonpas® dan ByeBye-FEVER®.



