rencana@hmetro.com.my
PENGELUAR peranti pintar terkemuka, Honor meneruskan evolusinya apabila melancarkan telefon pintar boleh lipat ternipis di dunia, Honor Magic V5 yang kini secara rasmi memasuki pasaran negara ini.
Menyentuh aspek fizikal peranti itu, Honor Magic V5 mempunyai ketebalan hanya 4.1 milimeter (mm) apabila dibuka dengan berat 217 gram (g).
Peranti ini menggunakan bateri silikon karbon 5,820mAh, paling nipis dalam kelasnya, membolehkan penggunaan sepanjang hari pada kadar optimum.
Ia juga menggabungkan kuasa cip E2 Power Enhanced dan pemproses Snapdragon 8 Elite, menjadikan kepelbagaian lebih lancar dan penjimatan tenaga lebih efisien.
Honor Magic V5 dilengkapi sistem kamera kamera telefoto periskop 64 Megapiksel (MP) dengan zum sehingga 100x, serta kamera utama dan ultra-lebar 50MP, dan kamera swafoto 20MP.
Peranti ini terbina dengan teknologi AI Imaging yang membolehkan pengguna menghasilkan gambar dan suntingan profesional tanpa aplikasi tambahan.
Skrin luaran dilindungi NanoCrystal Anticalar, manakala skrin dalam pula disokong lapisan bendalir bukan Newtonian untuk rintangan jatuh.
Peranti ini melalui ujian engsel sehingga 500,000 lipatan iaitu setara 13 tahun penggunaan, ia juga hadir dengan penarafan IP58 dan IP59 untuk rintangan air dan habuk.
Salah satu ciri unik ialah fungsi pembahagian tiga paparan (Three Split Screen) iaitu membolehkan pengguna buka tiga aplikasi serentak
Dalam usaha menjadikan peranti canggih ini lebih mampu milik, Honor menawarkan rebat tunai tambahan RM400 kepada pengguna yang menukar beli peranti lama, termasuk telefon pintar, tablet atau komputer riba.
Tanda harga untuk Honor Magic V5 ialah RM6,999 sama seperti model terdahulu.
Ia hadir dalam empat warna elegan seperti Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown dan Black bersama RAM 16GB dan storan 512GB.
Pratempahan kini dibuka sehingga 24 Julai 2025 dan pelanggan akan menerima perlindungan retak skrin satu tahun dan jaminan kualiti dua tahun secara percuma.
Ā© New Straits Times Press (M) Bhd