
Imej dikongsi IDF jelas menunjukkan bilah rotor utama helikopter itu masih tidak terjejas. Foto Agensi
TEHERAN – Tentera Israel dikatakan termakan umpan taktik perang yang digunakan Iran.
Kebodohan Zionis turut menjadi topik perdebatan banyak pihak selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkongsi rakaman video serangan infra merah yang mengenai helikopter Mi-17 pada Rabu lalu.
Tetapi, pengguna media sosial mendakwa klip video hitam putih itu menunjukkan ia bukanlah helikopter sebenar sebaliknya hanya lukisan berasaskan imej haba.
“Jika ia helikopter sebenar, keadaan bilah rotornya tidak akan kelihatan sama seperti sebelum dibedil,” kata seorang warganet.
Beberapa laporan media tempatan mendakwa Teheran berjaya memperdaya musuh dan tindakan IDF yang mengunci mulut terus menjadi bahan jenaka pengguna media sosial.
Ada juga warganet yang percaya taktik licik itu menyebabkan IDF menanggung kerugian apabila sebuah misil yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$3 juta (RM11.8 juta) digunakan secara sia-sia.
Tetapi, terdapat rangkaian media yang cuba menyangkal kehebatan strategi perang Iran apabila mendakwa ia kononnya imej hasil janaan teknologi kecerdasan buatan (AI). – Agensi
Ringkasan AI
- Tentera Israel dikatakan termakan umpan taktik perang yang digunakan Iran
- Kebodohan Zionis menjadi topik perdebatan setelah IDF berkongsi rakaman video serangan infra merah
- Pengguna media sosial mendakwa video hitam putih itu menunjukkan lukisan berasaskan imej haba, bukan helikopter sebenar
- Beberapa laporan media mendakwa Teheran berjaya memperdaya IDF dan tindakan mereka menjadi bahan jenaka
- Ada warganet percaya IDF menanggung kerugian membuang misil bernilai AS$3 juta secara sia-sia



