Hormati Perjuangan Global Sumud Flotilla, Fazura Tangguh Kongsi Momen Ulang Tahun Fatima – “Sekarang Masa Tak Sesuai”

Hormati Perjuangan Global Sumud Flotilla, Fazura Tangguh Kongsi Momen Ulang Tahun Fatima – “Sekarang Masa Tak Sesuai”

“All eyes on Gaza.”

Demikian luahan pelakon dan usahawan, Nur Fazura yang memilih untuk menangguhkan perkongsian momen ulang tahun kelahiran anaknya, Nur Fatima, demi menghormati Misi Bantuan Kemanusiaan Global Sumud Flotilla(GSF).

Dalam perkongsian di platform Threads, Fazura meluahkan rasa syukur atas limpahan doa, ucapan serta hadiah yang diterima daripada peminat setia buat puteri sulungnya itu.

“Terima kasih saya ucapkan atas segala kasih sayang, doa dan hadiah buat Fatima. Saya amat menghargai setiap seorang daripada anda, ‘aunties’ dan ‘uncles’ yang begitu pemurah hati,” katanya.

Namun, jelas aktres filem popular Pisau Cukup ini dia tidak sampai hati untuk memuat naik hantaran mengenai hadiah berkenaan kerana tidak sesuai terhadap isu GSF yang dipintas oleh tentera Isr**el sebelum berjaya tiba ke Gaza.

“Saya sudah rakam semuanya, tetapi memilih untuk berkongsi sedikit lewat. Rasanya kurang sesuai dan agak tidak sensitif pada waktu getir ini.

“Fokus kita sekarang adalah pada #globalsumudflotilla dan Gaza,” tulisnya.

Scroll to Top