suharmin.yusuf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pesawat Air Force One yang membawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, diiringi pesawat pejuang F/A-18 Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari 18 Skuadron ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, hari ini.
Pesawat pejuang itu dikendali oleh Mejar Ahmad Nur Ikhwan Ahmad Tridi bersama Pegawai Jurusensor Senjata (WSO), Kapten Ahmad Nazhan Ahmad Nazrin.
Terdahulu media melaporkan, Trump tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, menandakan lawatan pertama Presiden AS ke negara ini dalam tempoh sedekad.
Pesawat rasmi Presiden AS, Air Force One, mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA jam 9.54 pagi dan disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump tiba di negara ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Beliau yang turun dari Air Force One berwarna biru putih, iaitu Boeing 747-200B, dilihat tersenyum.
© New Straits Times Press (M) Bhd




