Houthi isytihar 'sekatan maritim' ke atas Arab Saudi

Houthi isytihar 'sekatan maritim' ke atas Arab Saudi

Sanaa: Kumpulan Houthi di Yaman pada Isnin mengisytiharkan “sekatan maritim” ke atas Arab Saudi yang berkuat kuasa serta-merta, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap tentera kumpulan itu, Yahya Saree dalam kenyataan di televisyen Al-Masirah milik kumpulan berkenaan berkata, larangan ke atas navigasi maritim yang berkaitan dengan Arab Saudi “berkuat kuasa bermula dari saat kenyataan ini dikeluarkan”.

Saree memberi amaran bahawa sebarang peningkatan ketegangan oleh Arab Saudi akan dibalas dengan apa yang dipanggilnya sebagai “peningkatan ketegangan secara menyeluruh dan teruk.”

Beliau belum ada sebarang ulasan rasmi daripada pihak Arab Saudi berhubung pengumuman Houthi itu.

Minggu lepas, Houthi menuduh Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas Lapangan Terbang Sanaa dan melepaskan peluru berpandu ke Wilayah Arab Saudi, sekali gus menamatkan tempoh tenang yang berlarutan berbilang tahun.

Meskipun Riyadh tidak mengulas tuduhan Houthi berkenaan, Kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu dengan menyatakan ia menyasarkan lapangan terbang berkenaan bagi menghalang pesawat Iran daripada mendarat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top