SANAA: Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yemen pada Khamis berkata bahawa mereka menyasarkan sebuah lapangan terbang dan sebuah kemudahan milik gergasi minyak milik kerajaan Arab Saudi, Aramco, di wilayah Najran di selatan Arab Saudi, berhampiran sempadan Yemen.
Kumpulan itu berjaya melaksanakan dua operasi ketenteraan menggunakan dron.
Operasi pertama pertama menyasarkan tapak sensitif milik musuh Arab Saudi di Lapangan Terbang Najran, manakala yang kedua menyasarkan kemudahan Aramco di Najran, kata jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, dalam satu kenyataan di Telegram.
Yemen, yang terjerumus dalam konflik saudara selama lebih sedekad, bulan lalu menjadi negara terbaharu yang terseret ke dalam perang di Asia Barat selepas kumpulan Houthi menamatkan gencatan senjata 2022 dengan kerajaan yang disokong Arab Saudi.
Ia turut, meningkatkan serangan terhadap kawasan yang dikuasai kerajaan di Yemen..
Kerajaan itu berkata. pihaknya melancarkan serangan balas selepas serangan maut mengenai kem tentera di wilayah Marib di tengah Yemen dan pelabuhan Mokha di Laut Merah, serta kawasan perumahan di Marib yang menempatkan golongan yang dipindahkan akibat konflik.
Permusuhan kembali tercetus bulan lalu selepas kumpulan Houthi menyambut sebuah pesawat Iran di ibu negara Yaman, Sanaa, yang mencetuskan siri serangan balas antara kedua-dua pihak.
Kumpulan itu kemudiannya mengumumkan sekatan maritim terhadap Arab Saudi dan mula menyerang kapal, lapangan terbang serta kemudahan minyak negara berkenaan. – AFP
