rnoraina@hmetro.com.my
Sungai Buloh: Hospital Sungai Buloh (HSB) mengesan waris kepada seorang pesakit lelaki yang meninggal dunia pada 25 Mac lalu.
Bahagian Komunikasi Korporat HSB menerusi satu kenyataan memaklumkan, pesakit terbabit dikenali Muhammad Aiman Abdullah atau Phiong Joon Khiong berusia 40 tahun.
“Pesakit adalah tahanan yang disahkan meninggal dunia di HSB.
“Beberapa usaha dijalankan Jabatan Forensik HSB bagi menghubungi waris berdasarkan alamat terakhir di Kampung Sebuku, Bau, Sarawak. Namun usaha menghubungi waris utama tidak berjaya kerana panggilan tidak dijawab,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan, waris yang dikenalpasti adalah bapa, Phiong Choon Choi; Mary Anak Intang (ibu); Phiong Yun Se (abang); Joon Chong (abang); Joon Tzed (adik) dan Eric Lim Kai Xiang (adik).
Pihak Hospital memohon mana-mana ahli keluarga, kenalan atau orang ramai yang mengenali si mati atau warisnya supaya tampil membantu menyalurkan maklumat dengan menghubungi Forensik HSB 03-61454333 sambungan 3100.
© New Straits Times Press (M) Bhd




