Usikan ibu Fattah Amin iaitu Azizah Abdul Ghani kepada pelakon itu ketika sesi siaran langsung mempromosikan tudung keluaran keluarga mereka menjadi perhatiaan ramai.
Menerusi video yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok, ibu Fattah menunjukkan gaya tudung yang boleh dipakai menghadiri majlis-majlis.
BACA: Fattah Amin Nafi Nikah Amira Othman 25 Mei Ini
@fattahamiraa terus blushing yg belakang tu ek cakap besan kat johor??? . . . #fattahamin #amiraothman #fyp #foryou #fypage #trending #foryoupage
Namun apa yang lebih menjadi perhatian, ibu Fattah mengatakan gaya tudung tersebut juga sesuai dipakai untuk ke rumah besan. Mendengar usikan ibunya itu, Fattah seolah terkedu dan ketawa.
“Gaya tudung macam ini boleh pergi majlis anak graduasi. Boleh juga pergi rumah besan. Ibu ada besan di Johor. Suami angah kan di Johor. Korang jangan aneh-aneh, ya,” seloroh ibunya.
Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Fattah dan mengatakan aktor tersebut seolah cuak mendengar usikan ibunya.
Terdahulu, Fattah menafikan dakwaan bakal melamar penyanyi Amira Othman sebagai isteri pada 25 Mei lalu. Fattah berkata tiada tarikh perkahwinan ditetap seperti diperkatakan dan hanya spekulasi peminat disebabkan tarikh cantik untuk berkahwin.




