Ibu meninggal keguguran, kanak2 tetap gigih senyum ‘ganti’ tugas jaga adik2

Baru-baru ini, tular kisah seorang kanak-kanak perempuan yang terpaksa mengambil alih tugas menjaga adik beradiknya setelah pemergian ibu tercinta.

Menerusi aplikasi TikTok seorang wanita bernama Salwa Naidin memuat naik video memaparkan kanak-kanak berkenaan yang kelihatan gembira selepas mendapat agihan pek daging Qurban di Sabah.

Dalam video itu, kanak-kanak itu terus membuka pek daging itu untuk memanaskan lauk. Setelah selesai memasak, dia menyuapkan adik-adiknya dahulu dengan penuh rasa kasih sayang.

Namun apa yang lebih menyedihkan adalah apabila mereka baru sahaja kehilangan ibu yang meninggal dunia akibat keguguran.

@salwanaidin

Alhamdulillah. Merasa juga mereka daging qurban. #qurban #aidiladha #fyp #fypage #malaysia

♬ original sound – Salwa Naidin – Salwa Naidin

Bagaimanapun, Salwa mendedahkan bahawa mereka masih mempunyai ayah yang bekerja sebagai seorang nelayan dan ibu saudara yang menjaga mereka.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian netizen yang mana rata-rata mereka terharu melihat kegigihan seorang kakak sanggup menjaga adik-adik biarpun masih muda.

Tambahan lagi kanak-kanak perempuan itu dilihat sentiasa tersenyum riang bagaikan tiada sebarang keresahan dalam hidupnya.

Sumber: TikTok Salwa Naidin