Ibu Syed Saddiq Akui Pernah Dilema Terima Bella Astillah Sebagai Menantu | Oh! Artis – Oh! Media

Ibu Syed Saddiq Akui Pernah Dilema Terima Bella Astillah Sebagai Menantu | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Ibu Syed Saddiq akui pernah dilema mengenai Bella Astillah ketika kes mahkamah anaknya masih belum selesai.

Hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hampir ke fasa baharu apabila pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Oktober ini.

Namun di sebalik berita gembira itu, ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mengakui dia pernah berada dalam dilema ketika pertama kali mengenali Bella.

Bimbang masa depan Bella Astillah

Syed Saddiq Bella Astillah

Menurut Sharifah Mahani, kebimbangannya ketika itu bukan kerana tidak menerima Bella, sebaliknya dia memikirkan apa yang bakal berlaku kepada penyanyi tersebut sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada anaknya.

Malah, dia memilih untuk banyak berdiam diri sementara menunggu keputusan kes berkenaan kerana tidak mahu Bella terkesan dengan sesuatu yang masih belum mempunyai kepastian.

Terus terang saya cakap, masa mula-mula jumpa Bella, saya tak percaya dan khuatir. Saya dalam dilema sama ada Bella akan menjadi menantu saya atau tidak sebab perbicaraan di mahkamah.

Bukan saya tak sayang Bella. Saya banyak berdiam diri sebab penentuannya ketika itu adalah mahkamah. Kalau Saddiq kalah, minta dijauhkan, saya tak nak aniaya anak perempuan orang. Berdosa.- Katanya kepada Gempak.

Selepas keputusan mahkamah memihak kepada Syed Saddiq, Sharifah Mahani mengakui dia berasa lebih lega dan bersedia menerima Bella sebagai sebahagian daripada keluarga.

Ibu Syed Saddiq kagum dengan sikap Bella

Bella Astillah

Dalam perkongsian sama, Sharifah Mahani turut memuji keperibadian Bella yang disifatkan sebagai seorang wanita berdikari, berani dan kuat berusaha untuk mencapai kejayaan.

Apa yang saya nampak, Bella seorang yang berdikari. Banyak perkara dia cuba lakukan sendiri dan dia berani tampil ke hadapan untuk mencapai kejayaan.- Katanya.

Pengalaman kegagalan rumah tangga yang pernah dilalui Bella juga dilihat menjadikan penyanyi itu lebih kuat untuk meneruskan kehidupan serta membina masa depan bersama anak-anaknya.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mengumumkan mereka bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober selepas berkongsi tarikh pernikahan tersebut menerusi program MeleTOP.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top