Pelakon Nabila Huda menjelaskan dia tiada masalah dengan bapanya penyanyi Datuk Amy Search namun ramai yang beranggapan mereka selalu bergaduh.
Memetik mStar Online, Nabila atau lebih mesra disapa Abil turut meluahkan rasa jijik apabila nama ibu tirinya iaitu Nourish Hassan disebut serta memanggil ibu tirinya sebagai ‘perempuan itu’.
BACA: Nabila Huda Rupanya Dah Lama Tak Jumpa Amy Search
“Saya sebenarnya tiada masalah atau bergaduh dengan papa saya daripada dulu sampai sekarang. Cuma orang salah anggap ingat kami selalu gaduh.
“Siapa? Saya rasa jijik nak dengar status itu. Saya cuma ada seorang emak dan dia adalah cinta pertama papa saya. Mungkin saya hanya boleh panggil dia perempuan itu?” katanya.
Sementara itu, Abil mendakwa dia tahu segala rahsia ibu tirinya itu serta berharap Nourish buang rasa cemburu kerana dia hanya mahukan kasih sayang daripada bapanya sahaja.
“Wahai perempuan itu, saya nak awak tahu yang saya tahu semua rahsia awak. Untuk pengetahuan awak, satu industri benci awak. tapi awak masih ada masa untuk perbetulkan keadaan.
“Jangan risau saya tak ada niat nak rampas harta papa saya, saya pun dah biasa dengan usaha saya sendiri. Saya cuma nak tumpang kasih sayang seorang ayah. Berhentilah cemburu dan ada rasa busuk hati, hidup ini hanya sementara,” katanya.
SUMBER: mStar Online