Idris Ahmad tolak pelawaan Maszlee sertai Kerajaan Perpaduan -“PAS tak lapar jawatan”

Idris Ahmad tolak pelawaan Maszlee sertai Kerajaan Perpaduan -“PAS tak lapar jawatan”

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad menegaskan bahawa parti itu tidak berminat untuk sertai Kerajaan Perpaduan walaupun ditawarkan jawatan tinggi seperti Timbalan Perdana Menteri (TPM).

sertai Kerajaan Perpaduan

PAS tolak sertai Kerajaan Perpaduan

Kenyataan itu dibuat sebagai respon terhadap cadangan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Maszlee Malik yang menyatakan peluang wakil PAS menjadi TPM lebih cerah sekiranya mereka menyertai Kerajaan Perpaduan.

“PAS tak lapar jawatan, lebih-lebih lagi bila jawatan itu datang dari dapur yang sedang berasap.
“Dapur sendiri pun tak terurus…nak ajak PAS masuk kapal bocor, lepas tu hulur pelampung bernama TPM?
“Maaf, PAS tidak jual maruah demi jawatan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Tak jual maruah demi sertai Kerajaan Perpaduan

Idris turut menegaskan bahawa keputusan PAS sudah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) pada 25 Julai lalu dan tidak akan berubah semata-mata kerana dijanjikan kedudukan.

Maszlee cadang lebih baik PAS sertai Kerajaan Perpaduan

Maszlee sebelum itu mendakwa adalah lebih baik PAS menyertai Kerajaan Perpaduan kerana mereka sendiri tidak yakin dengan kepimpinan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Susulan itu, Idris menyelar kenyataan terbabit dengan menyifatkannya sebagai cubaan mengalih perhatian terhadap kegagalan kerajaan sendiri.

“Entah mimpi waktu tidur atau memang tugas khas nak alih perhatian dari kapal yang sedang karam?
Sedangkan, rakyat baru bagi isyarat jelas, demo Turun Anwar 27 Julai buktikan semangat rakyat bersama PN,” katanya.

Beliau turut mendakwa kehadiran 15,000 orang dalam perhimpunan itu cukup untuk mencetuskan kegelisahan dalam kerajaan, walaupun peserta turut meninggalkan ‘hadiah’ 20 tan sampah.

“Semangat tersebut cukup untuk mencetuskan kegelisahan kepada Kerajaan Perpaduan meskipun hanya 15,000 yang didakwa hadir dan tinggalkan ‘hadiah’ 20 tan sampah.
Jangan risau, kita terus mara, tak perlu umpan jawatan, apatah lagi umpan daripada kapal yang senget,” katanya lagi.

Artikel lain: “Saya muda lagi, baru 51 tahun…”- Sanusi belum sedia sandang jawatan Naib Presiden PAS 

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyatakan bahawa parti itu mempunyai ramai calon berkebolehan menjadi Perdana Menteri, namun hanya akan dinamakan apabila tiba masa dan mandat diperoleh.

Sumber: Facebook Ustaz Idris Ahmad

Scroll to Top