Ikatan, persefahaman sesama pemain penting redakan tekanan hadapi Bahrain

Ikatan, persefahaman sesama pemain penting redakan tekanan hadapi Bahrain

Shahrul menjawab pertanyaan pemberita ketika ditemui wakil-wakil media Malaysia sempena Piala Asia 2023. Foto Bernama

IKATAN dan persefahaman sesama pemain, merupakan faktor terpenting dalam meredakan tekanan dihadapi skuad Harimau Malaya, menjelang perlawanan hidup mati menentang Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di sini, Sabtu ini.

Pemain pertahanan tengah negara, Shahrul Mohd Saad berkata, pasukan memerlukan suasana positif dalam sesi latihan bagi memupuk semangat jitu dalam diri pemain untuk dibawa ke pertembungan itu.

Katanya, beliau masih mempunyai keyakinan tinggi terhadap rakan sepasukan, untuk meraih keputusan positif di Stadium Jassim Bin Hammad sekali gus dapat mencerahkan peluang mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik.

“Kami ada beberapa hari sebelum perlawanan akan datang, paling penting adalah ikatan dalam pasukan, kami kena ada mood positif dalam latihan dan sudah tentu kami akan beri yang terbaik untuk aksi akan datang.

Scroll to Top