Oh! Artis
Mia Sara Nasuha bakal ambil tindakan undang undang susulan dakwaan fitnah yang tular melibatkan Puteri Balqis.
Nampaknya, pelakon Mia Sara Nasuha bakal mengambil tindakan undang undang terhadap beberapa pihak susulan dakwaan fitnah yang dikatakan melampau. Keputusan itu dibuat selepas namanya dikaitkan sebagai punca konflik keluarga pelakon Puteri Balqis sehingga mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminat di media sosial.
Menurut Mia Sara Nasuha, tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah sesuatu yang sangat serius memandangkan perkara itu dikatakan berlaku ketika dia masih kanak-kanak.

Jelasnya lagi, dia sendiri terkejut apabila dikaitkan dengan isu berkenaan sedangkan hubungan mereka tidak pernah rapat.
Tuduhan itu sangat berat kerana sewaktu itu saya baru berumur tujuh tahun. Saya tidak pernah kenal pun ibu Puteri Balqis atau keluarganya.
Mengenai hubungan kami, saya hanya pernah berjumpa dengannya sekali sahaja seumur hidup di set penggambaran. Kami memang tidak pernah berhubung langsung sejak kecil sehingga sekarang.- Katanya.
Mia Sara keliru dikaitkan dengan isu aniaya

Mia Sara Nasuha turut mengulas dakwaan kononnya dia menganiaya Puteri Balqis atau menjadikannya sebagai kambing hitam dalam isu tertentu.
Saya dah tonton ‘podcast’ itu dan masih tunggu jawapan bahagian mana yang saya aniaya dia? Saya jumpa pun sekali sahaja.- Katanya.
Menurut Mia Sara, dia masih menunggu penjelasan lanjut mengenai tuduhan tersebut kerana merasakan dirinya tidak pernah terlibat seperti yang didakwa.
Mia Sara ambil tindakan bersihkan nama

Dalam masa sama, Mia Sara Nasuha menegaskan tindakan undang-undang yang bakal diambil adalah bagi membersihkan reputasinya yang terjejas akibat tuduhan tular itu.
Selain menamakan Puteri Balqis dan keluarga, beberapa individu lain termasuk pemilik akaun media sosial serta netizen turut disenaraikan untuk berdepan tindakan sama.
Terdahulu, dakwaan yang mengaitkan Mia sebagai punca konflik keluarga serta isu buli mencetuskan perbalahan antara penyokong kedua dua pelakon itu di media sosial.
Pssttt! Ohmedia harap isu macam ni dapat diselesaikan dengan cara baik dan matang. Dalam dunia media sosial sekarang, setiap tuduhan boleh beri kesan besar pada maruah dan kerjaya seseorang. Korang pun kena sentiasa semak fakta sebelum terus percaya atau sebarkan sesuatu.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




