Ikut ‘trend’ edit video wajah pasangan mirip artis, Fattah Amin paling ‘menang’

Ikut ‘trend’ edit video wajah pasangan mirip artis, Fattah Amin paling ‘menang’

Para pengguna TikTok pasti sedar akan satu trend yang sedang viral ketika ini iaitu membuat video wajah pasangan atau kenalan yang hampir mirip dengan selebriti popular.

Setiap hari ada sahaja video seperti itu dan kadangkala tidaklah sama seperti yang dikatakan. Walau bagaimanapun, ia hanyalah sekadar konten dan untuk suka-suka sahaja.

Nampaknya trend tersebut  turut menular dalam kalangan artis apabila ada beberapa kenalan dan pasangan selebriti itu membuat video tersebut namun menampilkan individu asli dan bukan ‘copy ori’.

Salah satunya sudah tentu aktor kacak, Fattah Amin apabila mencuba membuat video viral itu dengan menampilkan wajah isterinya sendiri.

@fattahamin

😂 #fyp @fazuraofficial @myfazura

♬ original sound – Putery Emiey – Putery Emiey

Dalam kapsyen ringkas pelakon filem KL Special Force itu, dia telah menulis yang isterinya adalah Fazura dan bukan Fazura ‘copy ori’. Video yang hanya beberapa detik tersebut juga menampilkan gambarnya serta gambar isteri tercinta.

Penangan Fattah Amin yang memuat naik video TikTok terbabit, dalam masa hanya 2 jam sahaja, sudah lebih 600,000 viewers  menonton dan ribuan lagi meninggalkan komen.

Rata-rata mereka berasa terhibur dan mulai ‘jealous’ kerana aktor itu paling berjaya dalam membuat trend tersebut. Mereka menyifatkan yang Fattah Amin memenangi trend TikTok kali ini kerana menampilkan wajah isterinya sendiri dan bukan mirip sesiapa.

Walau bagaimanapun, video-video berkenaan hanyalah sekadar konten dan menghiburkan warganet yang gemar berkongsi gurauan di media sosial untuk sama-sama menghilangkan stres.

 

 

Sumber: TikTok Fattah Amin

Scroll to Top