Impian Jadi Penyampai Radio Tak Kesampaian, Syed Saddiq Reda – “Trust Allah Plan”

Impian Jadi Penyampai Radio Tak Kesampaian, Syed Saddiq Reda – “Trust Allah Plan”

Seperti yang dijanjikan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya mendedahkan berita yang bakal diumumkannya kepada khalayak sempena 1 Ogos ini.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Syed Saddiq berkata, dia sepatutnya menjadi salah seorang penyampai di sebuah stesen radio popular di negara ini bagaimanapun kerjasama itu tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab tertentu.

“Minggu lepas saya dah janji nak kongsikan berita gembira. Berita sejujurnya saya sendiri tak sabar-sabar nak kongsikan.

“Hari ini saya kena jujur sebab video saya sebelum ini telah ditonton berjuta-juta orang.

“Pada hari Khamis lepas, saya telah menandatangani kontrak dengan Era sebagai salah seorang DJ mereka. Era teruja, saya pun teruja, dua-dua happy! Saya dah maklumkan, 100 peratus gaji saya akan diberikan sepenuhnya kepada 20 mahasiswa dari Muar yang datang dari keluarga susah.

“Saya teruja sebab nak berganding dengan penyampai-penyampai tersebut. Saya nak bawa perspektif edutainment, sambil menduduk kita menghibur.

“Semua dah, kontrak, photoshoot, videoshoot, mama dan abuyah dah plan nak datang dah untuk pengumuman hari ini” katanya.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq juga memaklumkan, meskipun kerjasama tidak dapat diteruskan namun, pihak stesen radio berkenaan mahu melunaskan bayaran kontrak yang telah ditandantangani.

Sekaligus, bayaran yang diterima akan disalurkan seratus peratus kepada Tabung Biasiswa Muar.

“Anak-anak Muar yang bakal dapat biasiswa pun dah dimaklumkan tetapi semalam saya dimaklumkan oleh pihak tersebut  sebab tertentu kerjasama ini tidak dapat diteruskan. Tapi saya hargai kejujuran mereka dalam hal ini.

“Pihak mereka juga tetap mahu lunaskan bayaran kontrak yang dah ditandatangani dan saya akan salurkan seratus peratus jumlah itu ke Tabung Biasiswa Muar seperti yang dijanjikan .

“Sedih? tidak. Sebab saya percaya satu pintu rezeki tertutup, 10 lagi dibuka. Dan hari yang sama juga saya dapat pelbagai tawaran berbeza-beza berjumlah RM1,060,000.

“Sebab itu kawan-kawan ingat satu je, trust Allah plan, every setback builds a stronger man,” jelasnya.

 

Scroll to Top