Tiada angin, tiada ribut, suami kepada pempengaruh Elcah meluahkan rasa kurang senangnya terhadap penyanyi Syada Amzah kerana didakwa cuba menjadi ‘batu api’ dalam rumah tangga mereka.
Menurut Afi Hamri atau Hafizzuddin Hamri, adik kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu didakwa menghasut serta memujuk isterinya supaya tidak mengendahkannya.
Lebih mengejutkan, Syada juga didakwa mengajak isterinya itu untuk ke kelab malam.
“Wei perempuan! Jangan jadi batu api dalam rumah tangga aku. Kau ingat kau superman ke?
“Kau tak dapat ajak isteri aku pergi kelab malam kau nak buat cerita. Itu ini kau nak rosak.
“Kau rosak sorang tak perlu nak buat cerita. Siap ajar isteri aku tipu aku,” katanya.
Perkara itu dikongsi Afi Hamri menerusi hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.





