Individu persoal selebriti solat atau tidak? Sissy Imann kata sentiasa ambil wuduk sebelum mekap

Individu persoal selebriti solat atau tidak? Sissy Imann kata sentiasa ambil wuduk sebelum mekap

Penyanyi Sissy Imann berkongsi cara yang dilakukan olehnya bagi memastikan ibadah solat lima waktu tidak terabai meskipun sibuk dengan tuntutan kerja bergelar sebagai seorang anak seni.

Ambil wuduk sebelum mekap

Menerusi hantaran di Threads, Sissy atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil memberitahu sering mengambil wuduk terlebih dahulu sembelum mengenakan solekan.

Langkah tersebut memudahkannya untuk terus menunaikan solat sebaik sahaja masuk waktu, tanpa perlu tergesa-gesa menanggalkan solekan.

“Kalau macam saya selalunya memang ambil wuduk sebelum mekap. Nanti bila masuk saja waktu, sarung saja telekung dan solat.
“Ni video abang saya ambil Sabtu lepas. Nak solat maghrib dan show jam 9 malam,” ciapannya, semalam.

Menurutnya lagi, sekiranya perlu ke tandas, dia akan menyelesaikan urusan tersebut terlebih dahulu sebelum kembali bersolek semula bagi memastikan wuduk yang diambil kekal sah.

Penjelasan tersebut kemudiannya menerima pelbagai maklum balas positif daripada warganet. Rata-rata mereka meluahkan rasa kagum terhadap disiplin yang ditunjukkan Sissy dalam menjaga tuntutan ibadah, walaupun terikat dengan komitmen kerja yang sibuk.

Tahniah jaga hubungan dengan Allah

Masuk waktu cepat dia solat

Artikel lain: Mas Idayu ‘telan’ semua kecaman, dah berpelukan dengan Sissy Imann

Perkongsian itu dibuat sebagai respons kepada pertanyaan seorang individu yang mempersoalkan sama ada golongan selebriti menunaikan solat atau tidak memandangkan jadual kerja mereka yang padat dan tidak menentu.

Sumber: Threads sissyiman

Scroll to Top