Penyanyi, Syasya Rizal dengan tegas memaklumkan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen gara-gara isu dirinya termakan daging khinzir.
Syasya berkata demikian selepas membalas komen salah seorang individu yang dianggap tidak beradab kerana menyamakan wajahnya dengan haiwan tersebut.
“Mind what you say. Nak tegur, silakan tapi biar beradab. Bukan dengan cara menghina atau menjatuhkan maruah orang lain.
“Teguran tak akan sampai bila dibalut dengan caci maki And just a gentle reminder I won’t hesitate to take legal action terhadap sesiapa yang dah melangkaui batas yang tak sepatutnya,” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Syasya dipercayai tidak sengaja termakan daging khinzir.
Sementara itu, Syasya menjelaskan restoran buffet yang dikunjunginya ketika itu mempunyai label ‘halal’ dan dia tidak sewenang-wenangnya makan di tempat yang meragukan.
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Buka Mulut Isu Dituduh Makan Daging B*bi




