Individu Soal Lana Nodin Sempat Minta Maaf Atau Tidak Dengan Rakan Selebriti Sebelum Tunai Umrah, Ini Respons Empunya Badan

Individu Soal Lana Nodin Sempat Minta Maaf Atau Tidak Dengan Rakan Selebriti Sebelum Tunai Umrah, Ini Respons Empunya Badan

,Pelakon, Lana Nodin tampil membidas komen individu yang mempersoalkan sama ada selebriti ini sudah meminta maaf kepada selebriti yang pernah dikritiknya sebelum berangkat menunaikan ibadah Umrah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Lana memuat naik tangkapan skrin memaparkan komen individu tersebut yang mendakwa aktres drama rantaian Suamiku Lelaki Pendosa ini mengata rakan artis secara terang-terangan.

Tidak berdiam diri, Lana menepis dakwaan itu sekali gus mempersoalkan tindakan itu itu yang meninggalkan komen seolah-olah mengenali dirinya.

“Hebat sister ni. Dia boleh jadi hakim esok dekat padang masyar sebab dia lebih tau dosa dan pahala saya sebelum ke Umrah. Apapun, Alhamdulillah. Terima kasih sisteri ingatkan. Awak dah minta maaf dengan saya juga tak?,” bidasnya.

Sebelum ini, Lana memaklumkan dia bakal menjalani ibadah Umrah bersama anak-anak dan suami tersayang yang dibiayai secara DIY.

“Alhamdullilah tahun ni Allah SWT mengizinkan kami sekeluarga megerjakan umrah DIY bersama suami dan anak-anak. Terima kasih sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang mendoakan perjalan kami selamat sampai di sini,” tulisnya.

Scroll to Top