Baru-baru ini, influencer Malaysia yang dikenali sebagai Sabrina yang sudah menamatkan pengajiannya di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan mendedahkan dia pernah diminta untuk melakukan pembedahan plastik.
Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Sabrina di mana TikToknya, dia memaklumkan ada seorang pengarah Korea Selatan memintanya untuk melakukan pembedahan plastik di bawah mata sebelum diambil berlakon dalam laman penstriman popular di Korea.
@jpbrinx not bout that needle life no tq
“Bila pengarah Korea Selatan meminta saya untuk melakukan pembedahan plastik di bawah mata sebelum diilih untuk berlakon dalam rancangan Netflix mereka,” ujarnya.
Susulan itu, influencer kelahiran Selangor itu tidak bersetuju dan menolak tawaran tersebut apabila mengetahui perkara itu tidak boleh dilakukan oleh seorang muslimah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keputusan Sabrina yang tidak sewenang-wenangnya menerima tawaran tersebut dengan mudah.
Malah, netizen menegaskan Sabrina sememangnya memiliki kecantikan semulajadi tanpa perlu melakukan pembedahan plastik walhal apa-apa kekurangan boleh diperbaiki dengan alat solekan sahaja.
Disebabkan itu, ramai yang menitipkan nasihat supaya Sabrina tidak bertindak di luar jangkaan dan menganggap ia bukan rezekinya untuk mengembangkan bakat dan karier.
Sekadar info, industri hiburan di Korea Selatan sememangnya mempunyai standard kecantikan yang agak ‘strict’ sehinggakan tidak boleh mempunyai sebarang cacat cela untuk membintangi apa jua lakonan.
Sumber: TikTok @Sabrina