“Ini Bukan Kali Pertama Saya Diceraikan” – Isteri Faisal Halim

“Ini Bukan Kali Pertama Saya Diceraikan” – Isteri Faisal Halim

Rumah tangga pemain bola sepak, Faisal Halim menjadi perhatian apabila isterinya, Nur Syazwani dilapor memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Syazwani berkata keputusan dibuat olehnya hari ini bukan sesuasu yang mudah dan dia sudah pun berusaha untuk rumah tangganya namun mungkin ini jalan terbaik.

Lebih mengejutkan, Syazwani berkata ini bukan kali pertama dia diceraikan dan dia sudah cuba pertahankan namun banyak campur tangan pihak ketiga.

“Saya telah berkorban seluruh jiwa saya untuk keluarga saya, dari susah sehingga berjaya, dari tidak dikenali kepada seorang yang dipuja. Dari sakit sehingga sihat dan kembali ke tahap terbaik. Bukan mudah untuk saya,” tulisnya.


Scroll to Top