Oh! Artis
Ibu Aliff Aziz, Fiza Aziz titip ucapan hari lahir buat Ayden dan kongsi kenangan terakhir sejak 3 tahun lalu.
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza, mencuri perhatian selepas menitipkan ucapan hari lahir buat cucunya, Ayden Adrean, menerusi satu hantaran di media sosial.
Perkongsian itu menjadi perhatian apabila Fiza meluahkan rasa rindu dan menyatakan gambar serta video yang dimuat naik merupakan kenangan terakhir bersama Ayden sejak tiga tahun lalu.
Fiza Aziz titip doa buat cucunya

Menerusi kapsyen yang dikongsikan, Fiza mendoakan agar Ayden terus membesar dengan iman, takwa dan menjadi anak yang soleh.
Dalam hantaran sama, Fiza turut menyatakan bahawa mereka sekeluarga tidak pernah melupakan Ayden walaupun sudah lama tidak bertemu.
“This is the last pic & video we had of you”

Apa yang lebih menyentuh hati, Fiza memaklumkan gambar dan video berkenaan adalah kenangan terakhir yang mereka ada bersama Ayden sejak tiga tahun lalu.
Fiza turut berkata mereka sentiasa mendoakan kebahagiaan Ayden dari jauh.
Dalam luahan itu, Fiza turut menitipkan kata-kata yang cukup mendalam apabila menyatakan harapan agar mereka dapat bertemu semula.

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Fiza sekeluarga. Seorang pengguna menulis bahawa Ayden juga mungkin merindui bapanya.
Membalas komen tersebut, Fiza berkata perasaan seorang anak kecil itu suci dan lembut, namun mereka hanya mampu berserah kepada aturan Allah.

Dalam komen lain, ada pengguna menulis mengenai air dicincang tidak akan putus.
Fiza kemudian membalas dengan menyatakan bahawa mereka semua adalah milik Allah dan tidak perlu berebut kasih sayang.
Pssttt! Kasih sayang seorang nenek terhadap cucu memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Bila rindu hanya mampu disampaikan melalui doa dan kenangan lama, pasti ada rasa sebak yang menyentuh hati.
Apa pun, semoga yang baik-baik sahaja buat Ayden, Bella Astillah, Aliff Aziz serta keluarga kedua-dua belah pihak. Dalam hal melibatkan anak kecil, semoga kasih sayang keluarga sentiasa menjadi keutamaan.
Kredit: Instagram Fiza Aziz
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




