IOI Mall Damansara Tawar Parking Percuma 3 Jam Pertama & Ada Akses Terus Dengan Pengangkutan Awam | Oh! Media

IOI Mall Damansara Tawar Parking Percuma 3 Jam Pertama & Ada Akses Terus Dengan Pengangkutan Awam | Oh! Media

Pengumuman nama baru IOI Mall Damansara (sebelum ini dikenali Tropicana Gardens Mall) nampaknya berjaya menarik perhatian ramai. Pusat membeli-belah yang terletak di Kota Damansara ini boleh dikatakan umpama ‘hidden gems’ kerana lokasinya yang strategik selain menawarkan pelbagai tarikan untuk semua lapisan usia. 

Korang yang suka mall-hopping atau sekadar nak luangkan masa dengan kawan dan famili, wajib masukkan IOI Mall Damansara dalam list.

Dapat Parking Free Sekarang? Best Tu!!!


Memandangkan IOI Mall Damansara dah berada di bawah pengurusan baru. Jadi ada beberapa perkara yang dah ditambah baik untuk keselesaan pengunjung.

Tiada lagi tiket parkir

Menggunakan sistem sama seperti IOI Mall yang lain, IOI Mall Damansara beralih kepada sistem parking LPR (License Plate Recognition), di mana pengguna hanya perlu membuat pembayaran semasa keluar dengan menggunakan kad Touch n’ Go atau kad bank.

Parkir PERCUMA untuk 3 jam pertama

Seronoklah nak lepak atau tengok wayang macam ni sebabnya IOI Mall Damansara menawarkan parkir PERCUMA untuk 3 jam pertama buat waktu ini.

Haiwan peliharaan tidak dibenarkan

Polisi baru pengurusan IOI Mall Damansara tidak membenarkan haiwan peliharaan dibawa masuk bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih. Bagi perkhidmatan haiwan peliharaan, lif berhampiran Just Pets Megastore masih boleh diakses untuk urusan berkaitan.

Akses terus ke MRT Surian

Suka lepak mall tapi malas bawa kereta? No worries guys, IOI Mall Damansara ni ada akses terus ke MRT Surian. Lepas tu, panel kaca sepanjang lalu pejalan kaki turut dibuka bagi membolehkan cahaya matahari menerangi laluan tersebut pada waktu siang.

Tempat Santai Bersama Keluarga dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

Petting Zoo Terbesar Dalam Bangunan

Kalau anak korang suka haiwan tapi korang malas nak berpanasan di bawah matahari. Korang boleh ke Just Pets Megastore, yang merupakan petting zoo terbesar dalam bangunan.

Bukan je ada pelbagai jenis haiwan comel dekat ni, malah tempat ni turut mempunyai F&B dan menjual makanan untuk haiwan peliharaan. Kira lengkapkah semua dalam satu tempat.

Tarikan kafe kanak-kanak & permainan laser

Tak cukup itu saja, IOI Mall Damansara pun ada kafe kanak-kanak, Dudukids Kids Café, sebuah taman permainan dalam bangunan yang membantu meransang kreativiti anak-anak dan menyeronokkan.

Nak lagi mencabar, korang boleh try Laser Battle bersama keluarga atau kawan-kawan dan uji kehebatan korang dalam pertempuran laser!

Syurga Makanan Buat Foodie & Mall Hopper!

Selain menjadi pusat hiburan keluarga, IOI Mall Damansara juga merupakan syurga buat pencinta makanan atau foodie kerana menawarkan banyak jenama makanan yang viral.

Ada biskut homemade sedap oleh Ainul Cookies & Co. Kalau nak privasi dan mewah, korang boleh cuba hidangan Itali autentik di D’italiane. Manakala untuk peminat bagel, jangan lepaskan peluang untuk cuba pelbagai pilihan bagel fresh di Park’s Bagel.

Apa saja selera korang, IOI Mall Damansara pasti dapat penuhi keinginan dengan pelbagai pilihan makanan yang menggoda selera!

Jom meriahkan IOI Mall DamansaraSementara ramai baru nak kenal semula IOI Mall Damansara, inilah masa untuk korang masukkan pusat membeli belah ini dalam list wajib pergi.

Walaupun nama berubah, IOI Mall Damansara masih menawarkan banyak tarikan seperti H&M, Village Grocer, Daiso, Golden Screen Cinemas, Loud Speaker karaoke keluarga dan banyak lagi!

Untuk update terkini dan promosi terbaru, korang boleh ikuti IOI Mall Damansara di Facebook, Instagram dan TikTok.

Scroll to Top