Iran lancar dron baharu ‘Gaza’

Iran lancar dron baharu ‘Gaza’

Dron yang mengambil nama Gaza bagi memperingati perjuangan Palestin.

– Advertisement –

TEHRAN: Iran secara rasmi melancarkan dron terbesar yang pernah dihasilkan, diberikan nama ‘Gaza’ ketika operasi hibrid di luar latihan ketenteraan besar-besaran di selatan negara itu, semalam.

Pasukan Aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dalam kenyataan berkata, dron berkenaan mempunyai kelebaran sayap sepanjang 22 meter dan berat berlepas sebanyak 3,100 kilogram.

– Advertisement –

“Dron itu mempunyai daya tahan penerbangan selama 35 jam dan kelajuan penerbangan 350 kilometer sejam. Kapasiti muatan dron Gaza adalah sekurang-kurangnya 500 kilogram, membolehkan ia membawa sehingga 13 bom.

“Ia mempunyai julat 1,000 kilometer dan radius operasi 4,000 kilometer,” katanya menerusi kenyataan itu.

Dalam latihan ketenteraan itu, IRGC berjaya memusnahkan sebanyak lapan sasaran tepat menggunakan dron tersebut buat kali pertama.

Dron itu diberikan nama sebagai ‘Gaza’ sebagai penghormatan kepada wilayah Palestin yang musnah akibat konflik Hamas-Israel yang bermula pada Oktober 2023.

Gaza yang menjadi kediaman kepada 2.3 juta penduduk Palestin sebelum peperangan, kini hampir musnah sepenuhnya selepas lebih setahun akibat konflik tersebut. – AGENSI

Scroll to Top