
Pezeshkian menolak desakan Presiden Donald Trump supaya menyerah kalah. Foto Agensi
TEHERAN – Presiden Masoud Pezeshkian pada Sabtu menegaskan Iran tidak akan sesekali menyerah kalah kepada Amerika Syarikat (AS) dan sekutu kuatnya, Israel ketika perang terbuka di Asia Barat kini memasuki minggu kedua.
“Kami tidak akan tunduk kepada desakan musuh,” katanya menerusi ucapan disiarkan stesen TV tempatan.
Pezeshkian yang merupakan salah seorang anggota Majlis Kepimpinan sementara turut memohon maaf kepada negara-negara Teluk yang turut terpalit peperangan itu sejak seminggu lalu.
“Teheran bersetuju tidak lagi akan melancarkan serangan ke negara-negara jiran. Mereka tidak akan jadi sasaran selagi tidak memprovokasi kami,” menurutnya.
Gelombang serangan tanpa henti ke atas negara-negara yang menempatkan pangkalan tentera AS telah mencetuskan huru-hara di rantau tersebut. – AFP
Ringkasan AI
- Presiden Masoud Pezeshkian menegaskan Iran tidak akan tunduk kepada AS dan Israel
- Iran memohon maaf kepada negara-negara Teluk terpalit peperangan
- Teheran bersetuju tidak melancarkan serangan ke negara jiran selagi tidak diprovokasi
- Perang terbuka di Asia Barat sudah memasuki minggu kedua
- Serangan ke atas negara dengan pangkalan tentera AS mencetuskan huru-hara di rantau tersebut



