Israel ‘culik’ dua aktivis Global Sumud Flotilla

Israel ‘culik’ dua aktivis Global Sumud Flotilla
Israel ‘culik’ dua aktivis Global Sumud Flotilla

Abu Keshek (kiri) dan Avila yang kini berada di bawah ‘penahanan haram’ Israel. – Foto Agensi

TEL AVIV – Dua aktivis misi Global Sumud Flotilla telah tiba di Israel untuk ‘disoal siasat’ selepas insiden ‘penculikan’ mereka mengundang bantahan komuniti antarabangsa.

Kementerian Luar di Tel Aviv pada Sabtu mendakwa warga Sepanyol, Saif Abu Keshek dan rakyat Brazil, Thiago Avila terlibat dengan pertubuhan yang ada kaitan dengan Hamas.

Ia merujuk kepada Persidangan Popular untuk Penduduk Palestin di Luar Negara (PCPA) yang menyediakan rawatan perubatan untuk orang awam Palestin, namun Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mendakwa ia kononnya menyokong sayap tentera Hamas.

Madrid dalam satu kenyataan menuntut pembebasan Abu Keshek selepas Perdana Menteri, Jose Manuel Albares menyatakan beliau bimbang dengan tindakan ‘penahanan haram’ tersebut.

“Tangkapan mereka adalah di luar bidang kuasa Israel. Ia sememangnya satu penculikan,” tegasnya lagi.

Antara Rabu dan Khamis lalu, tentera laut Israel memintas flotilla yang mahu membawa misi bantuan ke Genting Gaza terdiri daripada 58 bot membawa kira-kira 175 aktivis pro-Palestin di luar pantai Crete yang terletak lebih 1,000 kilometer dari pantai Tel Aviv. – Agensi

Scroll to Top