Israel patut diberi tekanan tidak serang Rafah – EU

Israel patut diberi tekanan tidak serang Rafah – EU

ATHENS -Israel harus ditekan untuk tidak menyerang bandar Rafah, yang menempatkan 1.7 juta rakyat Palestin, tegas Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah.

“Amerika Syarikat (AS) yang menjadi penyokong terkuat Israel, Presiden (Joe) Biden berkata tindakan ini tidak seimbang, jumlah orang awam yang terbunuh tidak dapat ditanggung dan memberi amaran kepada Israel agar tidak meneruskan cara ini,.

“Namun jika anda percaya angka kematian terlalu tinggi, mungkin anda boleh melakukan sesuatu mengenainya,” kata Josep Borrell.

Borell menegaskan EU tidak menyediakan senjata kepada Israel, tidak seperti yang dilakukan AS.

“Kita harus melakukan lebih daripada menyatakan kebimbangan,” kata Borrell.

Penduduk Palestin mencari perlindungan di Rafah selepas tentera Israel melancarkan pengeboman yang lebih intensif ke atas bandar Gaza dan Khan Younis, serta pekan dan kawasan kejiranan di sekitarnya, pada 7 Oktober lalu. – Agensi