Istaf lucut keahlian Perses

Istaf lucut keahlian Perses

Gambar hiasan – Foto Bernama

PERSEKUTUAN Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf) melucutkan keahlian Persekutuan Sepaktakraw Singapura (Perses) berikutan salah laku dalam kalangan pucuk kepimpinan persekutuan itu.

Menurut Istaf, keputusan itu diputuskan jawatankuasa eksekutif badan induk antarabangsa tersebut yang bersidang di Kuala Lumpur pada 4 November lalu.

Perses digantung sehingga tempoh yang akan maklumkan manakala presidennya, Mohd Nasri Haron dan Setiausaha Agung, Zahid Abdul Aziz masing-masing menjalani hukuman penggantungan 12 dan tujuh tahun.

“Penggantungan ini dibuat selepas menjalani prosiding tatatertib Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf) yang mendapati wujud pelanggaran peraturan serius,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.