KUALA LUMPUR – Nadir Al-Nuri meluahkan rasa syukur selepas mendapat tahu isteri dan anak-anaknya masih hidup.
Beliau gagal menghubungi mereka sejak lapan hari lalu.
“Keluarga saya berada di selatan Gaza yang agak tenang dan perjalanan ‘maut’ yang mereka lalui untuk sampai ke sana cukup untuk dibuat filem lengkap.
“Gaza semakin genting, keadaan jauh lebih teruk dari awalnya.
“Tetapi untuk hari ini, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah,” katanya dalam hantaran dikongsikan di Facebook.
Nadir turut berkongsi gambar dua kanak-kanak. – MalaysiaGazette
