Isteri Caprice Jawab Tuduhan Lupakan Anak – “Bangang! Ibu Mana Tak Rindu Anak…”

Isteri Caprice Jawab Tuduhan Lupakan Anak – “Bangang! Ibu Mana Tak Rindu Anak…”

Isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis menepis dakwaan segelintir netizen yang mendakwa dia melupakan anak sulungnya, Aleesya Sofea dek kerana sudah jarang dilihat bersama.

Ia susulan komen yang ditinggalkan seorang individu yang tampil mempersoalkan keberadaan anaknya itu dalam sebuah foto yang dimuat naik Farra.

Bagaimanapun, sedar dengan tuduhan individu terbabit yang mendakwa dia melupakan anaknya, Farra Inalis tampil membalas komen berkenaan.

“Apa bodoh punya komen cakap orang lupakan anak. Semua kena tunjuk dan bagitahu dekat sosial media ke?

“Kalau tak tahu apa-apa tolong jangan lembik mulut cakap macam-macam. Bab anak ni sensitif, so jaga adab sikit,” katanya.

Tidak habis disitu, ibu anak dua ini berkata, dia amat merindukan anaknya itu meskipun Aleesya tidak dapat bercuti bersama.

Bahkan, anak bongsunya, Airiel juga sangat rapat dengan Aleesya dan sering menghabiskan masa bersama-sama.

“Ibu mana tak rindu anak bila pergi tempat best/bercuti macam ni.

“Lagi-lagi Airirel ni rapat dengan kakak dia. Setiap masa dalam hati ni ‘bestnya kalau kakak ada’. Every corner terbayang-bayang mereka dapat main sama-sama.

“Tahan rindu, kadang-kadang berjurai juga air mata. Suami aku lah jadi saksi,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Farra Inalis atau lebih mesra disapa Ellis menjelaskan, tidak semua perkara perlu dikongsikan di media sosial termasuklah, kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya juga tidak perlu dipertikaikan.

“Apa aku lalui tidak perlu nak cerita dekat media sosial. Anak-anak kandung aku melahirkan. Kasih sayang tiada ganti, tiada istilah dilupakan atau pilih kasih.

“Kalau perlu bergadai nyawa sendiri untuk selamatkan mereka sedetik pun aku tak fikir. Mereka keutamaan aku. Jangan sentuh bab anak.

“Apa yang aku post itu sahaja yang kau layak tengok tentang hidup aku,” tegasnya.

Scroll to Top