Isteri kepada pengacara dan pelakon Fikry Ibrahim, Siti Khalizah Alihan menafikan dakwaaan bahawa isu memfailkan cerai terhadap suaminya merupakan strategi mempromosikan produk perniagaan yang bakal dilancarkan.
Kunci mulut fail cerai
Menerusi perkongsian di TikTok, Khalizah berkata keputusan itu dibuat setelah berfikir berulang kali dan menganggap ia salah satu ujian dalam berumah tangga.
“Kita manusia, lagi-lagi yang tak sempurna macam saya kadang-kadang Allah uji.
“Ada orang tanya betul ke ni semua marketing? Kena guna cerai. Benda ni bukan kita minta dan saya pun tak mahu ini terjadi.
“Perkara itu berlaku atas sebab ujian Allah bagi kepada kami pasangan suami isteri. Walaupun saya tak pandai agama tapi tahu hukum. Tidaklah semudah itu apa yang saya buat, siapa je nak kahwin tapi tak bahagia,” kata Khalizah, semalam.
Dalam pada itu, Khalizah memberitahu dia sedang berusaha menjadi wanita yang lebih baik dan enggan menuduh orang lain sebagai punca keretakan rumah tangganya.
“Kita tengah berusaha ke arah kebaikan, tiada siapa nak benda itu berlaku terutama sekali saya yang ada anak perempuan.
“Doa yang baik-baik, mungkin ada silap daripada saya, tak boleh salahkan orang 100 peratus. Kadang ada juga kelemahan kita atas apa yang terjadi.
“Sekiranya Allah tentukan jodoh kami masih panjang, insya-Allah masih panjang. Sekiranya Allah kata sampai sini sahaja dan itu adalah takdir dan ujian buat kita sapa lah kita untuk menidakkannya.
“Hanya saya sahaja yang tahu, hanya suami sahaja yang tahu sebab kami tidak berkongsi perkara ini dikhalayak ramai cuma nak beritahu perkara ini tidak semudah apa yang disangka,” ujarnya.

Foto: MalaysiaGazette
Pada Jun lalu, Khalizah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi sebutan pertama perceraian.
Khalizah, yang diwakili oleh peguam Wan Muhammad Afiq menjelaskan anak guamnya memfailkan perceraian terhadap Fikry pada Mei atas alasan tiada lagi persefahaman.
Namun begitu, kurang dari 24 jam, Fikry menegaskan bahawa kehadiran isteri ke mahkamah hanya untuk menarik semula permohonan perceraian.
Artikel lain: “Kami kahwin atas dasar cinta…” – Fikry Ibrahim jawab dakwaan, isteri tarik balik permohonan cerai
Untuk rekod, Fikry dan Khalizah selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 12 Februari lalu di sebuah masjid di Jitra, Kedah.
Sumber: TikTok HIBGLAM