Isteri Luah Rasa Kecewa, Abang Viva Didakwa Berbalas Mesej Dengan Isteri Orang Sejak September? – “Sakit! Masa Aku Tengah Tidur Korang Chat”

Isteri Luah Rasa Kecewa, Abang Viva Didakwa Berbalas Mesej Dengan Isteri Orang Sejak September? – “Sakit! Masa Aku Tengah Tidur Korang Chat”

Isteri kepada sukarelawan popular, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva iaitu Eva Noza Zakaria mencuri perhatian selepas mendakwa suaminya itu saling berbalas mesej dengan individu wanita yang juga didakwa isteri orang.

Menerusi perkongsian tular yang dimuat naik di platform TikTok, Eva mendakwa suaminya itu sering berbalas mesej dengan wanita berkenaan sejak September lalu.

Lebih menyedihkan, topik perbualan antara kedua-duanya adalah sekadar memburuk-burukkan dirinya.

“Saat orang lain suruh fikir terima kau balik, aku guna hati yang ada secebis sayang untuk bina balik kasih saya kita, ini yang aku dapat?

“Berani kau sebut nama Allah saat kau cerita tentang aku?

“Jadi masa aku tidurlah korang ada lah chat? Seorang isteri orang dan seorang lagi suami orang, sakit lah,” coretnya.

 

 

 

Tidak habis disitu, menerusi perbualan tersebut Abang Viva juga mengaku bahawa dia sudah tidak tahan untuk hidup bersama isterinya lagi.

Selain turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan isterinya itu gara-gara suka membuat siarang langsung (LIVE) di TikTok.

“Setiap kali aku baca, aku menangis sebab dalam baik kau peluk cium aku.

“Tapi dalam masa yang sama kau mengata dan cakap tak tahan nak ‘stay’ dengan aku.

“Aku dah cakap, pintu sentiasa terbuka. Kau datang tak diundang dan kau pergi pun aku tak halang,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terkejut dengan pendedahan yang dibuat Eva sekaligus mengutuk perbuatan Abang Viva yang disifatkan sebagai tidak pandai menjaga aib rumah tangganya.

Sebelum ini, pada Julai tahun lalu, kisah rumah tangga pasangan ini dikatakan sedang goyah apabila Abang Viva memuat naik status di TikTok dengan mengucapkan terima kasih kepada individu yang dikatakan telah ‘berjaya’ memporak-perandakan rumah tangganya.

Bagaimanapun, Eva tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah.

Sekadar info,  Abang Viva selamat mendirikan rumah tangga dengan Eva Noza pada 14 Oktober tahun lalu.

Scroll to Top