“Isteri Tak Patut Masak, Tapi Kalau Masak Itu Namanya Ihsan… Yang Patut Sediakan Makan Itu Suami” – Qawiy

“Isteri Tak Patut Masak, Tapi Kalau Masak Itu Namanya Ihsan… Yang Patut Sediakan Makan Itu Suami” – Qawiy

Pempengaruh popular, Qawiy atau nama lengkapnya, Abdul Qawiy Abd Rashid menjelaskan, urusan rumah tangga tidak sepatutnya menjadi perbalahan antaran pasangan.

Katanya menerusi sesi temu bual podcast Sembang Seram, urusan rumah tangga dilaksanakan atas ihsan bersama.

“Siapa kena buat kerja rumah, suami atau isteri? Dua-dua tak patut. dia tak patut jadi perbalahan langsung.

“Sebab dah kata duduk sama-sama, kalau duduk satu orang kemas sendiri, kemaslah dekat mana kau buat sepah.  Dia tak ada suami atau isteri, tak ada.

“Sebenarnya, perkahwinan ni dia bukan atas hak. Tak boleh minta ‘patutnya hak aku macam ni, dan hak kau macam tu’ tak… Sebenarnya semua ihsan.

“Isteri tak patut masak, betul tak? Tapi kalau dia masak itu namanya ihsan. Betul, tapi yang sepatutnya sediakan makanan siapa? Suami yang kena sediakan makanan. Kalau isteri masak itu atas ihsan dia, dia tolong. Dan, anda patut bersyukur sebab dia masakkan.

“Kemas barang pun ihsan,  perkahwinan ni atas sebab ihsan. Aku tolong kau, kau tolong aku. Kalau semua atas sebab hak, tak akan jadi. Baik tak payah kahwin,” katanya.

Tambahnya,  setiap pasangan suami isteri juga perlu saling membantu antara satu sama lain dan tidak menuntut hak semata-mata.

“Kalau semua nak tuntut, tak akan jadi apa. Cumanya, yang nafkah semua tu semua hak bila di depan kadi (hakim). Contohnya nak cerai, kenapa nak cerai? Suami tak bagi nafkah. itu boleh. Itu boleh apply hukum. Sebab itu hak anda. Sama juga macam pukul dan sebagainya.

“Tapi kalau setakat tak basuh pinggan, itu bukan hak. Itu basuh lah sendiri,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons pada hantaran video berkenaan.

Malah, ramai yang bersetuju, tanggung jawab dalam menguruskan rumah tangga tidak hanya diletakkan di bahu isteri sahaja.

Scroll to Top