“Isteri Yang Enggan Jumpa..” – Prince Syed Akhirnya Bersuara, Jawab Dakwaan Ibu Mentua

“Isteri Yang Enggan Jumpa..” – Prince Syed Akhirnya Bersuara, Jawab Dakwaan Ibu Mentua

Oh! Artis

Tular di media sosial semalam dakwaan ibu mentua Prince Syed mengenai anaknya yang didakwa buat pembedahan batriatrik.


Lepas tular video mendakwa Prince Syed melarikan isteri dan anak-anak, pempengaruh serta usahawan itu akhirnya tampil buka mulut.

Dalam satu kenyataan kepada Harian Metro, dia menjelaskan keadaan sebenar dan menafikan dakwaan yang dilemparkan oleh ibu mentuanya.

“Mereka datang serang saya di hadapan rumah kakak”

Prince Syed

Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, turut mendakwa diserang empat individu ketika berada di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai.

Mereka memukul kepala saya dengan topi keledar beberapa kali dan menumbuk wajah saya. Selain itu, mereka turut mencakar tangan saya hingga berdarah serta memecahkan cermin Proton X70 menggunakan topi keledar.

Beliau mendakwa serangan itu berpunca daripada salah faham apabila mereka menyangka dia menghalang isterinya, Fatin Syazwani Ishak, daripada berjumpa keluarga sendiri.

Hakikatnya, isteri saya yang enggan berjumpa mereka atas sebab tertentu. Saya buat laporan polis demi keselamatan diri sebab bimbang mereka bertindak lebih agresif.

Pernah buat laporan sebelum ini

Prince Syed turut mendedahkan, dia sudah membuat laporan polis di Balai Saujana Utama, Sungai Buloh sehari sebelum kejadian, selepas menerima tekanan daripada individu sama yang menuntutnya berpisah dengan isteri.

Mereka juga pernah hubungi ibu dan kakak saya, desak buka sekatan nombor dan beritahu lokasi isteri kalau tak nak diapa-apakan.

Tambahnya lagi, hubungan dia dan isteri masih baik walaupun mereka memilih untuk tidak terlalu menonjolkan kemesraan di media sosial.

Kami ‘hide’ video di TikTok bukan sebab ada masalah. Cuma nak tenangkan diri, fokus pada bisnes dan jaga kesihatan mental sebab isteri pun baru sihat.

Video dakwaan ibu mentua tular

Terdahulu, video seorang wanita dipercayai ibu mentua Prince Syed tular di media sosial selepas mendakwa menantunya melarikan anak dan cucu daripadanya.

Dalam video sama, wanita itu turut menuduh Prince Syed menjadikan isterinya ‘tikus makmal’ untuk produk pelangsingan badan.

Pssttt! Setiap kisah rumah tangga ada dua sisi yang berbeza. Apa pun, isu macam ni tak sepatutnya diselesaikan di media sosial sebab boleh cetus salah faham dan fitnah. Semoga Prince Syed dan keluarganya dapat selesaikan perkara ni secara baik dan penuh matang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top