Istimewa Forum Perdana malam ini, PM sertai Program Malaysia Berzikir

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai Program Malaysia Berzikir menerusi slot rancangan Forum Perdana Ehwal Islam, TV1 pada malam ini.

Menurut laporan Utusan Online, program tersebut turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri dan Timbalannya, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, program itu adalah kesinambungan dalam usaha negara melawan wabak pandemik Covid-19 ketika ini.

“Sejurus selepas program tersebut, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Menginsafi Hikmah akan melengkapkan Program Malaysia Berzikir dengan perbincangan bersama panel-panel yang diundang,” katanya.

Abdul Aziz berkata, antara panel yang akan mengupas topik berkenaan adalah Pakar Motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadhilah Kamsah; Pensyarah Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dan pendakwah, Muhammad Ashraf Ridzuan.

Sumber: Utusan Online (Maisarah Sheikh Rahim)