Pelakon dan usahawan terkenal, Abby Abadi tampil mempertahankan Nur Fazura susulan kecaman yang diterima aktres jelita itu selepas mendedahkan bekas suaminya, Fattah Amin, tidak pernah memberikan duit raya kepada anak mereka, Nur Fatima Aisya.
Menerusi satu sesi siaran langsung yang tular di TikTok, Abby meluahkan rasa hairan terhadap segelintir pihak, khususnya wanita, yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan kenyataan Fazura.
“Kenapa bila kita bercakap tentang lelaki yang tidak bertanggungjawab, kita pula yang kena marah? Contohnya, Fazura pernah cakap anak dia tak pernah dapat duit raya dari Fattah. Saya bukan nak kaitkan nama, tapi kenapa bila dia cakap macam tu, ramai sangat yang marah?
“Saya faham maksud Fazura. Benda tu nampak kecil, tapi itu hak anak. Kenapa ada wanita yang lebih-lebih marah? Tak kena pun pada mereka,” ujarnya.
Dalam siaran langsung yang sama, Abby menasihati orang ramai agar tidak terus menghukum Fazura yang hanya menuntut hak sebagai seorang ibu.
“Sebenarnya, apa salahnya seorang bapa beri duit raya pada anak? Kita ni perempuan, hanya minta hak. Itu baru satu benda yang Fazura sebut. Tak perlulah sampai nak maki hamun.
“Janganlah kita cepat sangat salahkan sesama wanita. Lelaki tu, besar tanggungjawabnya,” tambahnya lagi.
@__norainibasre88__ #norainibasreshop #binafshasweet #norainibasreteam #norainibasreteam #artismalaysia #norainibasre #fazura #abbyabadi




