Isu Gadis Ditik*m61 Kali, Liyana Jasmay Tegur Golongan Lelaki Tinggal Komen Kasar

Isu Gadis Ditik*m61 Kali, Liyana Jasmay Tegur Golongan Lelaki Tinggal Komen Kasar

Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay kesal dengan sikap segelintir lelaki yang meninggalkan komen kasar dan tidak sensitif berhubung kes tragis melibatkan kematian seorang gadis yang dilaporkan ditikam sebanyak 61 kali baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Liyana meluahkan rasa kecewa apabila membaca komen balas menerusi media sosial terutamanya segelintir golongan lelaki yang menyalahkan mangsa dalam insiden tersebut.

“Sakit hati bila baca komen balas lelaki pasal kes Nurfisya ni.

“Nak bagi ingatan lah, jangan mainkan hati lelaki lah. Lelaki boleh jadi gila lah. Jangan menempah maut… Hello, you siapa nak kawal-kawal anak perempuan orang? Imagine thi shappen to the female in your family? Mampu ke nak cakap macam tu? Stop killing girls!,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Kami itu menegaskan, budaya menyalahkan mangsa perlu dihentikan serta menggesa masyarakat khususnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak lelaki dengan nilai dan moral yang tinggi.

“Yang ada anak lelaki, please teach them! Don’t let the boy’s become a killer!,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang pelajar kolej yang dikenali sebagai Nurfisya Zulkifly,19, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan 61 tikaman tidak termasuk kesan cakar dan luka kecil.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata, mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun pihaknya sudah mengenal pasti mangsa berdasarkan semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada.

Scroll to Top