Isu jerebu: Hari Kebangsaan tak batal! Fahmi dedah skala atau lokasi mungkin diubah

Isu jerebu: Hari Kebangsaan tak batal! Fahmi dedah skala atau lokasi mungkin diubah

Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini tidak akan dibatalkan susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

Walau bagaimanapun, Jurucakap Kerajaan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata skala atau lokasi penganjuran mungkin diubah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan peserta serta pengunjung.

KSN adakan perbincangan bersama kementerian

Beliau berkata, Jemaah Menteri memutuskan supaya Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengadakan perbincangan bersama kementerian dan jabatan berkaitan bagi meneliti perkara berkenaan.

“KSN akan meneliti bersama Kementerian Komunikasi, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Meteorologi serta beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat keputusan.
“Ini berdasarkan anggaran dan unjuran keadaan cuaca bagi lima hingga enam hari akan datang, termasuk senario yang mungkin berlaku berhubung keadaan jerebu,” katanya pada sidang media pasca-Mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.

Kita tidak akan batalkan

Menurut Fahmi, perbincangan itu akan menentukan sama ada sambutan Hari Kebangsaan diteruskan di lokasi asal di Dataran Putrajaya, ditukar lokasi atau skala penganjurannya diubah.

“Ya, kita tidak akan batalkan tetapi sama ada skalanya berubah ataupun diubah lokasi. Kita tunggu hasil mesyuarat Tan Sri KSN petang ini,” ujarnya.

Isu jerebu: Hari Kebangsaan tak batal! Fahmi dedah skala atau lokasi mungkin diubah

Beliau menambah, perkara itu turut mengambil kira penglibatan kira-kira 1,500 pelajar sekolah menengah dari tiga negeri yang menyertai persembahan ‘human graphic’ sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Perkara ini tidak diputuskan dalam mesyuarat (Jemaah Menteri) tetapi kita akan ambil maklum daripada pihak KKM dan juga KPM,” katanya.

Dalam masa sama, Fahmi memaklumkan program ambang Hari Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos di Dataran Merdeka turut akan diteliti susulan keadaan jerebu semasa.

Sumber: Facebook Fahmi Fadzil 

Scroll to Top