Isu Kes Ped*filia, Mekyun Bengang Foto Dimuat Naik Dalam “Group Budak-Budak Sekolah Rendah”

Isu Kes Ped*filia, Mekyun Bengang Foto Dimuat Naik Dalam “Group Budak-Budak Sekolah Rendah”

Pempengaruh media sosial, Mekyun enggan berdiam diri susulan isu kes pedofilia melibatkan kanak-kanak diumur umur.

Menerusi beberapa hantaran di laman sosial miliknya, Mekyun berkata, terdapat kumpulan ditubuhkan di laman Facebook yang dikenali sebagai ‘Group Budak Sekolah Rendah’ dengan lebih 12,000 ahli yang terdiri dari golongan lelaki berusia.

Lebih membimbangkan, ‘group’ berkenaan turut memuat naik gambar-gambar budak sekolah dan juga budak kecil termasuklah gambar milik Mekyun sendiri.

“Mekyun rasa bengang dan jijik  sangat sekarang ni. Harini ramai DM Mekyun beritahu foto saya masa sekolah digunakan dalam group tersebut.

” ‘Group Budak-Budak Sekolah Rendah’ dengan 12,000 ahli. Saya terkejut dan speechless sebab group tu kongsi gambar-gambar budak sekolah dan juga budak kecil termasuk gambar saya masa sekolah.

“Dan komen-komen dekat  semua gambar budak sekolah  ni semua menjijikkan.

“Ini bukan lawak, bukan suka-suka. Ini salah dan ini jenayah. Kita tak boleh diam dan biarkan. Kita kena jadi suara kepad abudak-budak yang tak mampu bersuara,” katanya.

Ini tentang keselamatan anak-anak kita & maruah komuniti

Justeru, sebagai seorang pempengaruh yang dikenali, Mekyun atau nama lengkapnya, Wee Yun Nee, 27, berkata, dia telahpun menghubungi pihak berkuasa pada Selasa  beserta bukti yang diperolehi.

Sekaligus, tindakan mengajak orang ramai untuk membuat ‘report’ pada laman sosial berkenaan telahpun berjaya dilakukan.

“Mekyun sendiri dah contact pihak berkuasa directly semalam dengan semua bukti yang ada. Sekarang, siasatan sedang dijalankan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

“Dan group jijik tu pun telah dihapuskan.

“This is not a small matter. Ini tentang keselamatan budak-budak kita, anak-anak kita dan maruah komuniti kita semua.

 

 

Scroll to Top