Isu Tuntutan Kenderaan, Fattah Amin Akui Terima ‘Letter Of Demand’ Dari Fazura – “Saya Tak Nak Komen Lebih-Lebih”

Isu Tuntutan Kenderaan, Fattah Amin Akui Terima ‘Letter Of Demand’ Dari Fazura – “Saya Tak Nak Komen Lebih-Lebih”

Pelakon popular, Fattah Amin mengaku ada menerima surat tuntutan (Letter Of Demand) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berkenaan tuntutan kenderaan jenis, Range Rover.

Kata Fattah ketika ditemui XTRA, dia bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai isu itu.

Sebaliknya menyerahkan urusan tersebut kepada pihak peguam.

“Sebenarnya perkara itu diuruskan oleh peguam saya.

“Saya dah bagi statement mengenai perkara itu di Mahkamah sebelum ini.

“Jadi saya tak nak komen apa-apa lagi. Perkara itu privasi. Saya tak boleh kongsi.

“Selebihnya saya akan serah pada lawyer saya untuk membalas. Dan betul kami telahpun berbuat demikian,” ulasnya.

Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, berkongsi mengenai perkara itu usai majlis perasmian Usanita Entertainment yang diadakan di Restoran De’Wan Bangsar, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Fattah bersama pelakon jelita, Sophia Albarakbah diberi tugas menggalas tanggung jawab menjadi ‘wajah’ bagi syarikat tersebut.

Bahkan, kedua-dua pelakon itu bakal tampil dalam drama bersiri berjudul, ‘Aku Cinta Dia’ sebagai langkah mempromosikan produk di bawah Usanita Ertertainment.

Drama 30 episod itu juga turut diarahkan oleh pengarah dan pelakon popular, Erma Fatima.

Fazura

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Scroll to Top