Penyanyi, Najwa Latif mendedahkan dirinya baru sahaja mengalami keguguran.
Berita duka tersebut dikongsikan olehnya menerusi satu perkongsian bersama suami, Akwa Arifin di Instagram.
“Saya minta maaf buat masa ini saya tak boleh berhubung dengan mana-mana pihak, saya mengalami keguguran.
“Sejujurnya, saya tidak merancang untuk berkongsi perkara ini sebab ianya hal peribadi kepada kami suami isteri.
“Saya sangat menghargai setiap kata-kata baik anda. Terima kasih kerana memikirkan saya di waktu perit ini. Izinlan kami bersedih tanpa diganggu mana-mana pihak.
“Selitkan nama kami dalam doa kalian, semoga segala perkara baik akan berbalik kepada anda juga. Terima kasih,” tulisnya.

Sekadar info, Wawa yang kini merupakan seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkahwin bersama penyanyi, Akwa Arifin pada 11 November 2022.




