Itali lebar rekod tanpa kalah Mancini

Itali lebar rekod tanpa kalah Mancini

PARMA: Itali memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Ireland Utara dalam saingan Kumpulan C.

Domenico Berardi dan Ciro Immobile menemui sasaran dalam babak pertama aksi di Stadium Ennio Tardini untuk tuan rumah melebarkan rekod tanpa kalah di bawah pengendali Roberto Mancini kepada 23 perlawanan.

Mancini mengambil alih pasukan selepas juara dunia empat kal itu gagal layak ke kejohanan edisi 2018, terlepas pusingan akhir buat pertama dalam tempoh 60 tahun.

Sejak itu Mancini merakam rekod terbaik sebagai pengendali Azzurri dalam tempoh 50 termasuk 10 kemenangan dalam kelayakan Euro 2020.

“Babak pertama amat menakjubkan, kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.

“Kami akan menilai babak kedua kerana sepatutnya kami beraksi dengan lebih baik.

“Memang sukar untuk setiap orang bermain semula selepas lima bulan. Penting untuk bermula dengan baik,” kata Mancini.

Pertahanan Itali Leonardo Bonucci mengumpul kap ke-100, bergandingan dengan kapten veteran Giorgio Chiellini, Emerson dan Alessandro Florenzi. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd