“Itu Adalah Crucial Momen Dalam Persembahan Saya” – Amir Masdi Panik Menjelang Kemuncak AJL39

“Itu Adalah Crucial Momen Dalam Persembahan Saya” – Amir Masdi Panik Menjelang Kemuncak AJL39

Penyanyi popular, Amir Masdi mengaku panik menjelang malam Anugerah Juara Lagu Ke-39 yang bakal bersiaran secara langsung pada Ahad.

Katanya, ada beberapa perkara terjadi ketika sesi latihan penuh (full dress rehearsal) dijalankan menyebabkan fokusnya sedikit terganggu.

“Saya masuk (nyanyi) pun salah.

“Tapi, it’s good. It happend tonight. So, kita akan cari the best solutions untuk benda tu.

“Sebab apa yang kita plan tu adalah crucial moment untuk persembahan saya,” katanya usai sesi latihan berlangsung pada Sabtu.

Dalam pada itu, Amir yang juga finalis AJL35 menerusi lagu Kau Sakiti turut berkongsi bahawa terdapat beberapa perubahan dari segi rendisi lagu untuk persembahannya di pentas berprestij itu nanti.

Malah, penyanyi yang dikenali sebagai the next generation of Faizal Tahir ini menjelaskan, dia berasa tertekan apabila’benchmark’ yang diletakkan untuk AJL39 kali ini diberikan kepadanya.

“Memang betul saya berkerjasama juga dengan komposer sebab kita nak menyemarakkan lagi perasaan marah dalam lagu tu. So nak elevate lagi, kita kena jerit lagi dari segi vokal. Bukan dari segi arrangement sahaja.

“Pressure dia sebenarnya dekat benchmark. Sebab AJL 39 ni benchmark diletak pada first performance.

Mengulas lanjut mengenai tahap kesihatannya menjelang malam kemuncak AJL39, Amir bagaimanapun bersyukur kerana kesihatannya berada dalam keadaan baik.

“Setakat ni alhamdulillah, baik-baik sahaja.

“Saya pun menjaga kesihatan, pakai mask, minum air suam banyak, kurangkan makanan berminyak yang boleh menganggu suara,” jelasnya.

Selain Amir, antara finalis yang bakal meebut gelaran juara lagu pada AJL39 kali ini adalah, Nadeera Zaini, Aina Abdul, Ernie Zakri, Akim & The Majistret, Hafiz Suip, Hael Husaini, Masha Milan Londoh dan Risiko (Benzo0lo0, MeerFly, Tuju, MK, Ghidd Isobahtos).

AJL39 dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Iman, dan bakal berlangsung malam ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 serta boleh distrim di Tonton, jam 9 malam.

Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.

Mari cipta gelombang di media sosial! Gunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa dan kongsi ramalan anda siapakah juara sebenar AJL39?

Scroll to Top