“Itu Bukan Nasihat, Tapi Kutukan Yang Mendatangkan Dosa” – Disuruh Cari Kerja, Anak Norish Karman Bidas Netizen

“Itu Bukan Nasihat, Tapi Kutukan Yang Mendatangkan Dosa” – Disuruh Cari Kerja, Anak Norish Karman Bidas Netizen

Anak kepada pelakon, Norish Karman iaitu Nur Hanyz Amanda, 22, tampil bersuara selepas menerima nasihat daripada segelintir netizen untuk mencari kerja.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Amanda, berpendapat nasihat netizen itu seolah-olah seperti satu kutukan yang tidak memberi sebarang manfaat.

“Itu bukan nasihat. Itu kutukan yang mendatangkan dosa. Kritikan yang tidak membina,” katanya.

Dalam masa sama, Amanda turut berkata setiap tindakan dan usahanya mencari rezeki yang halal hanya diketahui oleh Allah SWT.

“Alhamdulillah A’la Kulli Haal, Wallahualam. Allah sahaja mengetahui usahaku dan aku sentiasa dalam lindungan doa bunda dan babaku,” katanya.

Artikel Berkaitan: Netizen Nasihat Anak Norish Karman Jangan Memilih Kerja, Bantu Cari Rezeki Keluarga – “Lifestyle Macam T20, Tapi…”

Scroll to Top